Jumaat, 24 Jun 2011

Aktiviti 2- menyebut frasa dengan sebutan yang betul

Langkah 1 Memperkenalkan bunga.wmv

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN )


Tunjang                     : Bahasa Malaysia.
Kelas                          : Prasekolah.
Masa                          : 10.20 -11.20 pagi (60 minit )
Bilangan Pelajar      : 25 Orang.
Tema                          : Alam Hidupan.
Sub Tema                  : Bunga-bungaan
Fokus                         : BM 3.0 – Kemahiran membaca.
Standard Kandungan         : BM 3.5          Membaca perkataan.
Standard Pembelajaran      :BM 3.5.9       Membatangkan suku kata tertutup dan suku 
                      kata terbuka untuk menjadi perkataan.
                                                  BM 3.6.2      Membaca frasa dengan sebutan yang betul.
                                                  BM 3.7.2      Membaca ayat tunggal yang mudah dengan  
                                                                      sebutan yang betul.
Kesepaduan                         : ST 3.3.6       Memerhati dan menggumpulkan bunga  
                                                      daripada persekitaran sekolah dan kediaman  
                                                      mengikut : a)warna
                                                  KTI 2.1.8      Menyanyi lagu dengan iringan muzik
Objektif                                   : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
·         Membatangkan sukukata terbuka dan sukukata tertutup untuk menjadi perkataan.
·         Membaca frasa dengan sebutan yang betul.
·         Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul
Bahan Bantu Mengajar      : Gambar pelbagai bunga,-bungaan, slideshow perkataan   
                                              nama dan warna bunga, membaca frasa dan ayat tunggal.


Set Induksi (6 minit )
1.    Guru mempamerkan gambar taman bunga.
a.    Murid akan memerhati gambar dan mengenali nama bunga.
Langkah  Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (45 minit )
Aktiviti 1(15 minit)
1.    Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar bunga-bungaan secara berurutan.
2.    Murid membatangkan suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam perkataan dari perkataan yang mudah kepada yang sukar. Contohnya: Li + li  = Lili,
 Ma + war = Mawar dan Cem + pa + ka= Cempaka.
3.    Murid menyebut pekataan tersebut.
4.    Murid menyebut perkataan gambar bunga tersebut.
Contoh: bunga Lili,bunga Mawar.
Aktiviti 2(15 minit)
1.    Gambar bunga-bungaan juga akan di pamerkan untuk mengenali warna setiap bunga-bungaan seperti merah, putih, ungu, kuning, hijau dan sebagainya.
2.    Murid akan mengetahui  frasa  yang boleh dikaitkan dengan bunga-bungaan
3.    Murid akan belajar membaca frasa dengan sebutan yang betul contohnya: Mawar merah, Lili putih, Cempaka biru, Kekwa kuning dan Ungu seri pagi.
Aktiviti 3(15 minit)
1.    Murid akan diperkenalkan ayat tunggal yang mudah berkaitan denga bunga-bungaan.
2.    Gambar yang dipamerkan akan menunjukkan ayat tertentu
Contohnya:
-       Ibu tanam  mawar merah
-       Lili putih itu cantik.
-       Cempaka biru di tepi tasik
-       Kekwa kuning itu layu
3.    Murid akan membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul
Penutup (8 minit)
1.    Gambar bunga-bungaan akan di pamerkan
2.    Murid akan menyanyi lagu berkaitan bunga-bungaan bersama guru.